KUALA LUMPUR 7 Nov. – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan isteri, Wong Seow Ching antara 17 ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali gus menduduki tangga pertama pendapatan tertinggi iaitu sebanyak RM101,160.
Ini menjadikan Kor Ming mengatasi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini telah mengisytiharkan pendapatan bersama isterinya, Betty Chew Gek sebanyak Cheng RM86,464.92.
Setakat ini, seramai 123 ahli Parlimen telah mengisytiharkan pendapatan mereka menerusi portal mydeclaration.sprm.gov.my.
Antara yang mengisytiharkan pendapatan adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial), Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik dan isteri sebanyak RM40.540.89.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan isteri, Normah Alwi mengisytiharkan pendapatan RM57,586.48 diikuti Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahudin Ayub dan isteri (RM 67,200).
Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad dan isteri mengisytiharkan pendapatan mereka iaitu RM56,049.40 manakala Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof dan isteri adalah RM65,407.20.










