KUALA LUMPUR 1 Nov. – Sebanyak 14 buah motosikal keluaran terbaharu Honda, Vario 150 akan menjelajah seluruh Semenanjung, bulan depan. Lebih menarik, konvoi tersebut yang dinamakan Jelajah Vario Sayangi Malaysiaku 2018 akan menggunakan motosikal yang setiap satu diwarnakan mengikut bendera 14 negeri yang terdapat di negara ini. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) memaklumkan, konvoi berkenaan bermula di kilangnya di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 10 Disember ini…










