AMMAN 3 Nov. – Konvoi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini tiba di kem pelarian Rukban, Syria bersempadan Jordan yang menempatkan beribu-ribu penduduk yang terkandas di padang pasir. Anggota Majlis Awam, Abu Abdullah yang mengendalikan kem dan menyelaraskan konvoi bantuan kemanusiaan PBB mengesahkan ketibaan konvoi tersebut. Rukban terletak hampir dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS), Tanf berhampiran sempadan Syria, Jordan dan Iraq yang menempatkan lebih 50,000 penduduk. Pada bulan…










