Konsep tender terbuka tidak jejaskan agenda bumiputera - Utusan Malaysia

Konsep tender terbuka tidak jejaskan agenda bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Langkah kerajaan memperkenalkan konsep tender terbuka tidak akan menjejaskan agenda bumiputera, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sebaliknya, beliau berkata, langkah itu dilihat akan membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor bumiputera mendapatkan sesuatu projek itu dengan lebih adil dan terbuka kepada semua dengan tidak terhad hanya kepada pihak tertentu sahaja.

“Apa yang diamalkan sekarang ialah kita tukarkan kepada tender terbuka. Apa yang dalam agenda bumiputera tetap sama tapi tender terbuka. Bukan macam dulu kena dapat tanda tangan pihak tertentu, hanya orang yang ada kabel kuat. Itu kita tak mahu lihat ia berlaku lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Khas Belanjawan 2019 di sini malam ini.

“Saya harap di sini tidak ada kesan, hanya dari segi keadaannya tender terbuka, termasuk di kalangan kontraktor Kelas F. Sebagai contoh bila kita amalkan di Pulau Pinang, kita boleh lihat ada kontraktor-kontraktor bumiputera yang benar-benar buat kerja. Itu yang saya nak berikan tumpuan.” tambahnya.

Beliau berkata, menerusi tender terbuka, tiada lagi rundingan terus mahupun tender terhad bagi sesuatu projek termasuk projek kerajaan seperti projek di bawah Perbadanan Nasional Berhad dan Majlis Amanah Rakyat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN