Kongsi gelap gaduh dalam sekolah - Utusan Malaysia

Kongsi gelap gaduh dalam sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Orang ramai yang berkunjung ke karnival jualan amal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 1, Skudai di sini semalam gempar apabila menyaksikan pergaduhan dua kumpulan lelaki dipercayai kongsi gelap sehingga menyebabkan seorang mangsa mati di­tikam.

Dalam kejadian pukul­ 
12.30­ tengah hari itu, mangsa­ yang maut berusia 21 tahun manakala rakannya yang cedera berusia 15 tahun.

Mereka serta tiga yang lain datang ke sekolah berkenaan untuk menghadiri karnival yang dibuka kepada orang awam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, secara tiba-tiba datang sekumpulan lelaki dipercayai dari sebuah kumpulan kongsi gelap menyerang mereka menggunakan pisau.

“Mangsa berusia 21 tahun yang cedera parah di­tikam pada dada kanan sempat melarikan diri, namun rebah dan meninggal dunia di luar pekarangan sekolah. Rakannya berusia 15 tahun turut cedera di­tikam pada lengan kiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN