KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji untuk menambah jumlah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di seluruh negara bagi membolehkan ia dimanfaatkan sebagai tempat pembelajaran digital pelajar sekolah. Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, pada masa ini terdapat lebih 800 PJK di seluruh negara. “Kita sedang kaji keperluan untuk menambah PJK ini, juga menambah baik kemudahan sedia ada. Kita mahu PJK ini dimanfaatkan untuk program…









