KKM sedia bantu hospital swasta diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi - Utusan Malaysia

KKM sedia bantu hospital swasta diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia membantu hospital-hospital swasta mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi, satu usaha untuk mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu dalam lingkungan sistem kesihatan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, pada masa ini hanya terdapat 19 daripada 175 hospital swasta yang melaksanakan inisiatif Hospital Rakan Bayi.

“Bukanlah sesuatu yang sukar untuk diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Kami (KKM) bersedia untuk membantu. Pihak hospital swasta hanya perlu mematuhi 10 Langkah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya.

“Selain itu, pengkongsian pengalaman hospital swasta yang berjaya mendapat pengiktirafan diharapkan akan mengalakkan lebih banyak hospital swasta melaksanakan Hospital Rakan Bayi,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar selepas menghadiri sesi dialog berkenaan pelaksanaan inisiatif Hospital Rakan Bayi di hospital swasta di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr. Kuljit Singh. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN