Kilang plastik boleh beroperasi - Utusan Malaysia

Kilang plastik boleh beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor membenarkan operasi kilang memproses sisa plastik tetapi bersyarat hanya kepada sisa plastik yang bersih dan berkualiti.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Eh­wal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Hee Loy Sian berkata, keputusan itu dibuat berikutan terdapat kilang memproses sisa plastik yang sudah membuat pelaburan besar untuk industri itu.

“Ada pengusaha kilang yang benar-benar membuat proses kitar semula plastik dengan melaburkan wang yang ba­nyak untuk membeli mesin dan memasang sistem canggih seperti penapis udara serta merawat air bersih.

“Ini tidak memberi masalah. Jadi, mereka juga berhak walaupun kita ada memikirkan untuk mengharamkan semua kilang kitar semula ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Se­langor di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Idris Ahmad (PKR-Ijok) meminta penjelasan ber­kenaan sejauh mana tindakan kerajaan negeri untuk memba­talkan permit import (AP) sisa plastik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN