ALOR SETAR 22 Nov. – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan dua pemain import baharu kuota Asia dan ASEAN yang akan mewakili skuad Hijau Kuning menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustafa berkata, dua pemain yang sah ialah Muhammad Shakir Hamzah, 26, dari Singapura dan Anmar Fares Abdul Jabar Mubaraki, 27, dari Iraq. “Muhammad Shakir dari Home FC akan mengisi spot pertahanan manakala Anmar Fares…










