KOTA BHARU 16 Nov. – Keterbukaan kepada bangsa dan agama lain yang diamalkan di negara ini adalah jauh lebih baik tanpa perlu kerajaan bertindak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata, tidak ada satu kaum pun di negara ini yang dizalimi dan ditindas sejak dari zaman pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) lagi. Beliau berkata, apa…










