Ketepikan sengketa politik ketika banjir - Utusan Malaysia

Ketepikan sengketa politik ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 11 Nov. – Persengketaan akibat perbezaan fahaman politik serta amalan berpuak-puak perlu diketepikan semua pihak dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan membantu mangsa banjir. 

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, semua pihak sebaliknya perlu bekerja berpaksikan kepada prinsip kemanusiaan dan keikhlasan dalam menghulurkan bantuan.

“Kerjasama padu melibatkan para sukarelawan dan anggota agensi penyelamat akan memastikan urusan membantu mangsa banjir lebih lancar dan kebajikan mereka juga menjadi lebih terbela. 

“Oleh sebab itu, semua pihak perlu tampil dengan semangat kesukarelawanan tanpa perlu ada label kepartian ketika banjir melanda,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kolaborasi Simulasi Kecekapan Bantu Mangsa Banjir di Sungai Rasa, di sini hari ini. 

Lebih 200 agensi penyelamat dan sukarelawan terlibat dengan simulasi menyelamat di air dan penggunaan aset sebagai persediaan menghadapi fenomena banjir hanf dijangka melanda hujung tahun ini. 

Yang turut hadir, Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar. 

Kamarudin dalam pada itu berkata, fokus utama semua pihak ketika bencana tersebut melanda adalah memastikan keselamatan penduduk dan mengelak kejadian tidak diingini sehingga meragut nyawa.

Katanya, pihaknya akan menempatkan unit pengurusan kebajikan mangsa banjir di 42 pusat pemindahan dan lapan pengkalan hadapan di daerah ini yang akan membantu dari penyediaan makan dan bantuan lain mengikut situasi semasa.

“Kami juga mengalu-alukan sumbangan makanan dan pakaian untuk diberikan kepada mangsa banjir selain bantuan khusus yang disediakan oleh kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN