SAMA ADA mahu berkumpul untuk kenduri pisang atau berhimpun di tengah-tengah ibu negara, Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 10 (1) (b) telah memberi hak tersebut kepada rakyat Malaysia. Dengan syarat, selagi mana perhimpunan itu dianjurkan secara aman dan tanpa melibatkan senjata. Jaminan hak ini juga selari dengan norma antarabangsa yang dapat dilihat dalam pelbagai instrumen perundangan. Malah di Amerika Syarikat (AS), hak berhimpun dimasukkan dalam Perlembagaan negara itu menerusi First Amendment iaitu pada tahun 1791 bersekali kebebasan akhbar, bersuara dan agama. Begitulah tingginya kedudukan hak kebebasan berhimpun dan ini juga dimasukkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya