KOTA SAMARAHAN 8 Nov. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan pendekatan adaptasi keadaan semasa untuk mempertahan dan menjamin tahap keselamatan di Sabah dan Sarawak. Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata, untuk memastikan tahap keselamatan di dua negeri ini terjamin, beliau melaksanakan tugas berpandukan kepada empat perkara asas yang terkandung dalam tonggak pasukannya. Beliau berkata, empat perkara asas itu ialah amal, sistem regimental,…










