Kesedaran kesihatan pekerjaan pengamal media masih rendah - Utusan Malaysia

Kesedaran kesihatan pekerjaan pengamal media masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pengamal media masih rendah untuk mendepani pelbagai cabaran serta tanggungjawab pada masa akan datang.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pengamal media sepatutnya mempunyai pengetahuan terutama dalam aspek perundangan serta teknikal apabila ditugaskan di kawasan berisiko tinggi.

Katanya, golongan itu harus mengamalkan konsep mengenal pasti bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC) dalam membuat tugasan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sebut berkenaan keselamatan di tempat kerja, kita tidak boleh abaikan pihak media dan sangat penting bagi mereka untuk sampai ke lokasi. Namun, apabila ditanya tentang keselamatan, mereka hanya memberitahu perkara asas dan tidak dapat jelaskan hal yang melibatkan teknikal serta undang-undang.

“Dan harus diingat sebagai pekerja, mereka tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Oleh itu, majikan dan pekerja perlu memahami tanggungjawab mereka demi  mewujudkan tempat kerja selamat, “ katanya ketika ditemui dalam  program ‘Occupational Safety and Health (OSH) for Media’ di Ibu Pejabat NIOSH, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini