Kes curi kerusi plastik berleluasa - Utusan Malaysia

Kes curi kerusi plastik berleluasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 1 Nov. – Kes kecurian kerusi plastik di kedai makan sekitar Kota Bharu dan jajahan ini semakin berluasa sejak tiga hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terbaharu, seorang pemilik kedai makan, FA Nasi Air di Wakaf Bharu dekat sini kerugian hampir lebih RM300 apabila sebanyak 28 biji kerusi plastiknya dicuri kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurut Ali Senik,54, dia mengetahui kejadian itu selepas hendak membuka kedainya kira-kira pukul 11 pagi.

“Saya terkejut apabila melihat kerusi plastik yang telah disusun oleh pekerjanya selepas tamat beroperasi pukul 12 tengah malam di tempat biasa hilang.

“Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku dan saya terus memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) mendapati ada seorang lelaki mencurinya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Ali berkata, lelaki itu memakai topi, baju t-shirt dan berseluar pendek dilihat mengambil kerusi sebelum memasukkannya ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, dia berharap pemilik-pemilik kedai di negeri ini berwaspada dan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya.

Isnin lalu, tular di media sosial video dua lelaki menunggang motosikal sedang mencuri kerusi plastik di sebuah kedai makan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.

Semalam juga dihebohkan mengenai kecurian kerusi plastik sebanyak 60 biji di sebuah kedai makan di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini