PUTRAJAYA 9 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara sejak Julai 2012 untuk tindakan selanjutnya. Walau bagaimanapun, suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Pejabat Peguam Negara ketika itu memutuskan untuk tidak meneruskan sebarang pendakwaan memandangkan siasatan berkenaan tertumpu kepada sumbangan politik. “Dasar Pejabat Peguam Negara pada ketika itu menetapkan untuk tidak menuduh…










