Kertas cadangan pelaksanaan penyelarasan kawalan harga ubatan - Utusan Malaysia

Kertas cadangan pelaksanaan penyelarasan kawalan harga ubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kementerian Kesihatan pada ketika ini dalam peringkat awal menyediakan kertas cadangan mekanisme pelaksanaan penyelarasan kawalan harga ubat-ubatan di seluruh Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Kata beliau, mekanisme kawalan dicadangkan itu adalah harga jualan siling kepada pengguna di semua saluran pendispensan yang dilihat paling sesuai untuk dilaksanakan dan selari dengan amalan antarabangsa.
“Langkah ini secara tidak langsung dapat menyelaraskan harga ubat dan memastikan akses ubat-ubatan yang mampu milik kepada rakyat.
“Kementerian sentiasa mengambil berat dan menjaga kepentingan semua pihak termasuk pihak industri, pengamal perubatan dan rakyat dalam memperincikan mekanisme kawalan harga ubat-ubatan yang akan dilaksanakan kelak,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Charles Santiago (PH-Klang) yang meminta Kementerian Kesihatan menyatakan langkah diambil untuk menyelaraskan harga ubat di Malaysia dan strategi kerajaan untuk mengurangkan harga ubat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN