Kereta wartawan Utusan dipecahkan di belakang Masjid Muhammadi - Utusan Malaysia

Kereta wartawan Utusan dipecahkan di belakang Masjid Muhammadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 Nov. – Seorang wartawan Utusan Malaysia mengalami kerugian apabila cermin kereta jenis Perodua MyVi milikbya di pecahkan di tempat letak kenderaan di Masjid Muhammadi, Jalan Masjid di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Muhammad Hasif Idris yang berusia 28 tahun singgah ke masjid tersebut untuk menunaikan solat Maghrib.

Muhammad Hasif berkata, selepas solat, beliau sepatutnya menghadiri tugasan di Majlis Makan Malam Muhibah bersama Media anjuran Air Kelantan Sdn. Bhd. di sebuah hotel berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, cermin kereta sebelah penumpang hadapan itu dipercayai dipecahkan menggunakan objek keras.

“Saya menyedari kejadian ini selepas melihat serpihan kaca bertaburan di atas jalan di sisi kereta.

“Pencuri terbabit melarikan sebuah beg sandang mengandungi perakam suara, kad media, pengecas telefon pintar serta kunci rumah,” katanya di sini hari ini.

Beliau telah membuat laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN