ISTANBUL 4 Nov. – Akhbar lidah rasmi Turki, Sabah melaporkan bahawa mayat wartawan Washington Post, Jamal Khashoggi dikerat kepada beberapa bahagian dan disumbat ke dalam lima buah beg pakaian selepas dia dibunuh di konsulat Arab Saudi pada 2 Oktober lalu. Al-Jazeera yang memetik laporan tersebut menyatakan bahawa beg-beg pakaian yang berisi keratan mayat Jamal kemudiannya dibawa ke kediaman konsul berhampiran konsulat berkenaan pada hari yang sama. Menurut pihak berkuasa Turki,…










