MELAKA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanyalah terjemahan agenda minda pemimpin DAP semata-mata. Katanya, kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat apabila mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan amalan memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka sawit serta masyarakat luar bandar lain. “Berkali-kali saya nyatakan bahawa belanjawan itu hanya terjemahan agenda yang ada pada minda pemimpin DAP. “Mereka tidak…










