KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu sosial membabitkan kanak-kanak, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan wanita adalah keutamaan kerajaan serta tidak akan berkompromi dalam hal berkenaan. Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan penglibatan Ahli Parlimen, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam menyumbangkan cadangan penyelesaian kepada masalah masalah sosial negara. “Isu-isu sosial yang melibatkan kanak-kanak, warga emas, OKU dan wanita adalah keutamaan saya. Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan…










