Kerajaan tidak berminat memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka sawit - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak berminat memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 10 Nov. – Kerajaan tidak berminat untuk memberikan insentif kepada golongan nelayan, penoreh getah dan peneroka kelapa sawit yang terjejas akibat Monsun Timur Laut serta harga komoditi yang rendah.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, pihaknya akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini untuk jangka masa panjang.

“Kalau kita tumpukan budaya insentif, bila diterang cara-cara boleh dapat untung yang lebih, mereka akan tanya ada insentif tak? Jadi kalau ada untung lebih kena bagi insentif juga.

“Budaya ini dipupuk oleh kerajaan terdahulu dan kita tidak berminat. Kita nak rakyat bekerja untuk mereka mendapatkan hasil,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Pimpinan Pakatan Harapan Kelantan di sini hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Senator Datuk Husam Musa; Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengani nasib golongan tersebut khususnya di pantai timur yang terjejas teruk akibat musim Monsun Timur Luat pada masa kini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan baru-baru ini menyiarkan keluhan golongan tersebut yang kehidupan mereka semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, harga komoditi menurun dan musim tengkujuh yang melanda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN