Kerajaan sedia bantu Adi Putra - Utusan Malaysia

Kerajaan sedia bantu Adi Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – ­Kementerian Pendidikan semalam menyatakan ke­sediaan untuk membantu remaja genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani yang berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya.
 Menterinya, Maszlee Malik berkata, pihaknya akan membantu Adi Putra yang kini ber­usia 19 tahun.

“Saya sedia meneliti dan mempertimbangkan permintaan Adi Putra dan akan menemui dia untuk mendengar sendiri hasrat remaja ini.

“Kementerian akan melihat dari pelbagai sudut bagaimana boleh membantu Adi Putra kelak,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.

Reaksi segera Maszlee itu merujuk kepada laporan muka depan Kosmo! yang mendedahkan keinginan Adi Putra yang mahu menyambung semula pe­ngajiannya bagi memperoleh sijil akademik.

Remaja dari Bagan Serai, Pe­rak itu tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat sekolah mahupun universiti termasuk pendidikan peringkat A Level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia lebih sedekad lalu.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat Fakulti Sains Sosial dan ­Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd. Suhaimi Moha­mad berkata, sistem pendidikan khusus perlu disediakan untuk kanak-kanak genius bagi memastikan golo­ngan tersebut tidak berasa tertekan dengan bakat dan keistimewaan yang mereka miliki.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN