Kerajaan PH mahu Sarawak setara dengan Semenanjung - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Kerajaan PH mahu Sarawak setara dengan Semenanjung – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan mahu Sarawak dimajukan setara dengan semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Sarawak sebuah negeri yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber yang potensinya boleh dimanfaatkan untuk kebaikan rakyatnya.

“Inilah yang kami (kerajaan PH) mahu untuk Sarawak. Inilah apa yang kami janjikan* kami mahukan perubahan dan keadilan untuk semua,” katanya pada majlis makan malam bersama rakyat bersempena lawatan sulungnya di negeri ini sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen (MP) Julau Larry Sng, MP Miri, Michael Teo, MP Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan MP Lubok Antu, Jugah Muyang.

Wan Azizah yang sebelum itu melawat sebuah rumah panjang dan menghadiri taklimat tentang perkembangan tanaman lada hitam di Julau, Sarikei berkata, walaupun Sarawak agak ketinggalan dari segi kemajuan, beliau kagum dengan rakyatnya yang rajin dan mempunyai kawasan tanah subur yang luas untuk diusahakan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN