Kerajaan PH akan jaga semua rakyat tanpa diskriminasi - Utusan Malaysia

Kerajaan PH akan jaga semua rakyat tanpa diskriminasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus menjaga kebajikan rakyat di negara ini tanpa sebarang bentuk diskriminasi termasuk di kalangan masyarakat India.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini terbukti daripada Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Jumaat lepas yang menyaksikan semua kaum mendapat manfaat  meskipun kerajaan berhadapan dengan masalah kewangan.

“Walau pun kita ada banyak masalah kewangan, tetapi kita tetap beri perhatian kepada kaum India iaitu peruntukkan RM100 juta untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat dan RM50 juta untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara,” katanya di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban  berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Karnival Deepavali di sini, malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J. Arul Kumar dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nicole Tan Lee Koon.

Anthony berkata, kerajaan komited untuk akan memastikan bahawa setiap peruntukkan yang diumumkan itu sampai kepada golongan sasaran. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN