Kerajaan pertimbang serap kakitangan kontrak Kemas ke jawatan tetap - Utusan Malaysia

Kerajaan pertimbang serap kakitangan kontrak Kemas ke jawatan tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 24 Nov. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan mempertimbangkan permintaan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus kontrak supaya mereka diserap sebagai kakitangan tetap.

Timbalan Menterinya, R. Sivarasa berkata, beliau akan berbincang tentang perkara itu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun.

“Saya dengar ramai masih bekerja secara kontrak dan ada rintihan mereka patut diiktiraf sebagai kakitangan tetap.

“Saya akan bincang dengan menteri dan kita akan bawa kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan,” katanya ketika menutup Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan 2018 di sini malam tadi.

Dianggar terdapat kira-kira 10,000 kakitangan Kemas berstatus kontrak di seluruh negara.

Dalam pada itu, Sivarasa berkata, kerajaan Pakatan Harapan mahu melakukan perubahan bagi memastikan semua kakitangan Kemas dapat memberi tumpuan kepada tugas mereka dan bukannya urusan politik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN