Kerajaan perlu tumpu penyampaian - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu tumpu penyampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Kerajaan perlu memberi penumpuan kepada penyampaian atau ‘delivering’ buat masa ini berbanding masih lagi memperkatakan tentang perkara yang sudah berlalu.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, dalam usaha menarik pelabur, kerajaan harus mengembalikan keyakinan.

“Kerajaan perlu lupakan perkara lalu, ia tinggal sejarah. Orang lain sudah tahu dan sebab itu mereka bertindak menolak kerajaan terdahulu.

“Jangan ulangi lagi. Enam bulan tempoh yang cukup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sempena Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN