KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan dijangka menerbitkan bil perbendaharaan tambahan sebanyak RM2 bilion bagi tujuan pengurusan aliran tunai, menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini. Jumlah pinjaman kasar kerajaan dianggarkan mencecah RM112.9 bilion atau 7.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini, iaitu RM53.3 bilion untuk membiayai defisit manakala baki RM61.2 bilion untuk pembiayaan semula hutang. “Pinjaman…










