Kerajaan cari kaedah bayar royalti minyak kepada Kelantan - Utusan Malaysia

Kerajaan cari kaedah bayar royalti minyak kepada Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 10 Nov. – Kerajaan Pusat sedang berusaha untuk mencari kaedah terbaik untuk menyalurkan royalti minyak kepada negeri ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, Kerajaan Pas Kelantan tidak bersetuju dengan pembayaran royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada keuntungan sepertimana yang dinikmati oleh Sarawak dan Sabah.

“Kita sedang berusaha bagaimana nak bagi royalti kepada Kelantan, caranya kita akan tentukan.

“20 peratus royalti minyak bukan keseluruhan tetapi daripada keuntungan.

“Mereka (Kerajaan Pas Kelantan) kurang bersetuju mereka nak jadikan sebahagian kos keseluruhan bermakna 40 peratus sebagai royalti, Petronas akan bankrap,” katanya  dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin Pakatan Harapan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembayaran royalti minyak sebanyak lima peratus yang dituntut oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Pada 24 Oktober lalu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan Kerajaan Pas Kelantan menarik balik saman tuntutan royalti minyak terhadap Kerajaan Persekutuan dan Petronas yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2011.

Ahmad dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau yakin dengan ketetapan yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir dalam mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negara sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN