Kerajaan akan tunai janji - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Kerajaan akan tunai janji – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau pasti rakyat tertunggu-tunggu nikmat yang akan mereka peroleh daripada kerajaan pilihan mereka.

Katanya, kejayaan empat parti pembangkang ketika itu menukar kerajaan memerintah selama 61 tahun merupakan kejayaan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya kita akan dapat menunaikan semua janji kita antaranya menyelamatkan negara,” katanya dalam ucapan pada majlis Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran Rembau di sini, malam ini yang turut dihadiri Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Wathya Moorthy serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×