KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara suka rela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai. Ini termasuklah akaun pesisir pantai, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. “Dengan menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela ini, sekiranya pelaporan pendapatan dibuat mulai esok sehingga 31 Mac 2019, pembayar cukai akan hanya dikenakan penalti sebanyak 10 peratus ke atas cukai…










