KUALA LUMPUR 4 Nov. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa kerajaan Pakatan Harapan akan terus membuat hutang baharu berdasarkan petunjuk kadar defisit tahun ini yang lebih tinggi diumumkan dalam Belanjawan 2019. Menurutnya, anggaran defisit fiskal bagi tahun ini pada kadar 3.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah jauh lebih besar berbanding unjuran kadar defisit 2.8 peratus dalam Bajet 2018 dan defisit tiga peratus yang direkodkan…










