PUTRAJAYA 22 Nov. – Pengeluaran keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 semasa cuti persekolahan bukan kali pertama dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan. Begitu juga untuk Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang bukan kali pertama berlaku. Kementerian Pendidikan memaklumkan, kelewatan itu disebabkan peperiksaan UPSR 2018 telah dilaksanakan hampir dua minggu lewat berbanding pelaksanaan peperiksaan UPSR pada 2017. “Peperiksaan UPSR 2018 lewat diadakan kerana terdapat beberapa cuti umum pada awal dan pertengahan…










