KUALA LUMPUR 13 Nov. – Pemilihan PKR cabang Julau di Sarawak tidak akan diadakan semula kerana perincian undi yang direkodkan dan analisis teknikal menunjukkan tiada undi yang tercicir dan keputusan pengundian tersebut sebenarnya boleh diterima pakai. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan berkata analisis hasil kiraan undi membuktikan semua data selamat dan telah berjaya dimuat naik ke pelayan sistem walaupun terdapat aplikasi e-undi pada…










