Keputusan mengenai tambang bas ekspres ambil kira kepentingan rakyat - Utusan Malaysia

Keputusan mengenai tambang bas ekspres ambil kira kepentingan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Nov. – Sebarang keputusan kerajaan berhubung kenaikan tambang bas ekspres bakal mengambil kira kepentingan rakyat serta perkhidmatan yang menepati standard dikehendaki.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara berkenaan juga akan dibawa ke Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk perbincangan lanjut.


“Apa-apa kenaikan sudah tentu tidak dialukan orang ramai tetapi kita kena buat satu keputusan yang mempertimbangkan permintaan kedua-dua pihak, daripada pihak operator dan orang ramai.


“Jadi kita akan pastikan apa apa keputusan yang kita buat itu tidak bebankan rakyat tetapi pada masa yang sama apa yang kita
harapkan kepada operator bas ialah meningkatkan tahap keselamatan,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.


Hadir sama, Timbalannya, Datuk Kamarudin Jaffar; Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.


Semalam, Kamaruddin berkata, kementeriannya sedang mempertimbangkan kenaikan kadar tambang bas ekspres sekitar 10 sehingga 30 peratus berikutan kenaikan tambang kali terakhir adalah pada 2009 iaitu sebanyak 31 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN