KUALA LUMPUR 11 Nov. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menganggap kenyataan bersama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berkenaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai tidak boleh diterima. “Saya tidak suka mengamalkan politik perkauman. Tetapi kenyataan oleh dua ADUN DAP ini yang dimuat naik di laman dapmalaysia.org tidak boleh diterima sama sekali. “Saya minta rakan-rakan baca dan kongsi kenyataan ini,” katanya di laman Facebook…










