Kenali sejarah Islam di Uzbekistan - Utusan Malaysia

Kenali sejarah Islam di Uzbekistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WILAYAH di Asia Tengah adalah antara wilayah terawal menerima sinar Islam iaitu sejak abad kelapan Masihi. Beberapa sumber menyebut, Islam memasuki Asia Tengah melalui Transoxiana atau Mawarannahr (dalam bahasa Arab) pada zaman Bani Umaiyah.

Sejak itu Islam tersebar luas ke segenap penjuru Asia Tengah. Semasa pemerintahan Khalifah

KOMPLRKS makam imam Al Bukhari di Bukhara.

Abbasiyah kedudukan Islam di Asia Tengah berada pada tahap tertinggi.

Kawasan Asia Tengah mencapai kegemilangan budaya dan ekonomi. Selain Transoxiana, kota lain yang terkenal sebagai pusat keilmuan di Asia Tengah adalah Bukhara.

Banyak ilmuwan dan cendekiawan Muslim muncul di kawasan ini. Antara bukti keistimewaan Asia Tengah bagi perkembangan peradaban Islam adalah tersimpannya salinan asli al-Quran zaman Khalifah Uthman bin Affan di Tashkent, ibu negara Uzbekistan.

Dahulunya, Tashkent adalah lokasi perhentian pedagang Laluan Sutera dari Asia ke Eropah. Disini, terdapat banyak tempat bersejarah, seperti Masjid Khazret-Imam, al-Quran Asli Muskhafe-Usman, Dataran Amir Temur, Madrasah Kukeldash, Old Town, sampai Dataran Independence.

IMAM BUKHARI

Uzbekistan ialah antara negara di Asia Tengah yang banyak menyimpan sejarah ketamadunan Islam terutama ketika di bawah pemerintahan Abbasiyah.

Antara tarikan utamanya ialah Kompleks Makam Imam Bukhari di Samarkand. Kompleks ini terdiri daripada sebuah makam, masjid, pejabat pentadbiran dan beberapa bangunan lain. Kota Samarkand diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Penampilan bangunan-bangunan bersejarah di kota ini menjadi daya tarikan pelancong. Samarkand memiliki banyak monumen bersejarah yang masih kukuh berdiri dan menjadi bukti kejayaan Islam pada masa lalu.

Jika anda dapat memijakkan kaki ke bumi Samarkand jangan lupa melawat Kubah Pirus Samarkand yang menjadi simbol seni bina kota ini yang sangat indah.

Jika Samarkand menempatkan makam Imam Bukhari, Bukhara yang terletak tidak jauh dari Sungai Amu Darya dan Syr Darya iaitu sungai yang mengairi seluruh Asia Tengah adalah tempat kelahiran imam besar itu.

Terdapat banyak bangunan unik dan indah seperti Benteng Arc Fortress, Chashma Ayub, Makam Ismail Samani, Masjid Kalon dan Masjid Magoki Attori yang masih utuh meskipun berusia ratusan tahun.

KOMPLEK Makam Imam Bukhari di Bukhara, Uzbekistan.
KOMPLEK Makam Imam Bukhari di Bukhara, Uzbekistan. 

Banyak lagi destinasi menarik di Uzbekistan terutama yang berkaitan dengan kegemilangan dan ketamadunan Islam.

Bagi yang berminat untuk menjejakkan kaki ke bumi penuh bersejarah Uzbekistan, Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. ada menawarkan pekej untuk berkunjung ke negara ini. Malah sempena musim sejuk hujung tahun ini Juara Travel menawarkan pakej istimewa ke bumi indah ini.

Maklumat lanjut mengenai pakej ditawarkan Juara Travel & Tours boleh hubungi talian 03-92267105 atau laman web www.juaratravel.com.my serta laman Facebook Juara Travel & Tours Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN