KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan yang dihantui dengan isu pemansuhan tol, mengumumkan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada tahun 2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta.
Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua
di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.
Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE










