Kempen bebas penyedut minuman beri kesedaran amalan kitar semula - Utusan Malaysia

Kempen bebas penyedut minuman beri kesedaran amalan kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kempen bebas penyedut minuman plastik buat julung kalinya diadakan SWM Environment Sdn Bhd dengan kerjasama JCI South Key di Lorong Ismail, dekat Kulai, baru-baru ini, dalam usaha syarikat konsesi itu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai  pentingnya amalan kitar semula.

Pengurus Wilayah Johor, Mohd. Zan Arris berkata, melalui aktiviti ‘Last Straw Rangoli’, pihaknya melibatkan orang ramai dalam penghasilan Rangoli (kolam) dengan menggunakan penyedut minuman plastik terpakai.

“Pihak SMW Environment juga membawa pasukan 3R Troopers yang bertujuan untuk membentuk kesedaran dan galakan tentang amalan kitar semula melalui pameran, permainan dan kaunter barangan kitar semula.

“Warisan budaya dan kitar semula merupakan elemen utama program ini dengan matlamat untuk membentuk kesedaran awam tentang amalan kitar semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam program yang sama, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Pusat Komuniti Adun Senai turut memberi sumbangan kepada 60 keluarga dan Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Johor Bahru sempena sambutan perayaan Deepavali.

Sumbangan berbentuk Kit Deepavali SWM Kasih dan barangan keperluan dari Pusat Komuniti Adun Senai diserahkan kepada 60 buah keluarga yang  kurang berkemampuan sekitar daerah Kulai manakala wang berjumlah RM1,000 diberikan kepada Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Johor Bahru.

Program itu juga turut diserikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat India, Slot Wayang Pacak, Pameran Kitar Semula dan Pameran Last Straw Johor. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN