LABUAN – Nama baharu bagi Kementerian Wilayah akan diuar-uarkan tahun hadapan, kata menteri berkenaan Khalid Abdul Samad. Beliau berkata perubahan yang dicadangkan dalam kementerian itu bukan satu keutamaan tetapi masih perlu dilakukan untuk menyesuaikan dengan peranan tambahannya di peringkat kebangsaan. “Ia belum lagi dalam senarai keutamaan saya, ia akan ditangguhkan untuk tiga atau empat bulan bagi merasionalisasi kementerian, setelah selesai tiada lagi perubahan nama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang…










