PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan saranan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT) diteruskan. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet semalam itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Maszlee berkata, kementerian terbabit bersetuju untuk melihat cadangan itu yang bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT. “Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 November lepas. “Perdana Menteri juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya