Kembali ke United adalah perasaan terbaik - Pogba - Utusan Malaysia

Kembali ke United adalah perasaan terbaik – Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Walaupun dikaitkan dengan beberapa spekulasi dan gossip panas musim ini, Paul Pogba telah menjelas dia gembira berada di Old Trafford dan perpindahannya dari Juventus ke Manchester United adalah satu perasaan yang menakjubkan.

Pemain antarabangsa Perancis berkenaan menandatangani kontrak bersama United pada 2016 dengan bayaran sebanyak £89.3 juta (RM486.6 juta) yang merupakan perpindahan termahal dunia pada ketika itu, empat tahun selepas dia meninggalkan United untuk menyertai Juventus secara percuma.

Pogba menegaskan dia sentiasa berasa selesa di Old Trafford, namun hubungan sukar bersama Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menimbulkan banyak spekulasi mengaitkan pemain tengah itu dengan  Barcelona dan bekas kelab lamanya Juventus juga dilaporkan bersedia melaburkan wang besar untuk mendapatkan khidmat Juara Piala Dunia 2018 itu.

Begitupun, Pogba menekankan betapa gembiranya dia dapat menyertai semula United sambil mendedahkan tidak terlintas untuk berhijrah.

“Apabila saya kembali ke United, itu adalah perasaan terbaik,” katanya semalam.

“Saya kembali semula di tempat yang sepatutnya. Saya sentiasa bermimpi untuk mewakili United, untuk kerap turun beraksi dan menjaringkan gol. Tiada perubahan besar berlaku ketika saya tiada di sini, kecuali daripada segi pasukan dan pengurus namun selebihnya tetap sama.

“Satu perasan hebat untuk kembali, untuk menghirup udara segar Manchester. Itu tidak akan berubah.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN