Kem Azmin menang besar di Cabang Kuala Selangor - Utusan Malaysia

Kem Azmin menang besar di Cabang Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 11 Nov. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kemnya menutup pemilihan di Selangor hari ini dengan bergaya apabila bukan sahaja beliau menang besar tetapi pasukannya hampir menyapu bersih Cabang Kuala Selangor.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu membuktikan pengaruhnya sebagai bekas Menteri Besar Selangor amat kuat apabila memperolehi 982 undi berbanding pencabarnya, Rafizi Ramli yang hanya mendapat 389 undi walaupun didokong kem ‘Segambut’.

Begitu juga dalam perebutan jawatan Naib Presiden apabila kem Mohamed Azmin menguasai tiga daripada empat kedudukan teratas dan hanya anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah sahaja yang berupaya meloloskan di tempat kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekutu beliau, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar mendapat 1,132 undi; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (661) dan Chua Tian Chang (484).

Sementara itu, keputusan bagi jawatan Ketua Cabang turut dimenangi calon kem Mohamed Azmin selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menewaskan enam calon lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN