KUALA LUMPUR – Perlumbaan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seakan sudah berakhir apabila penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa berjaya mengalahkan pencabarnya, Rafizi Ramli setelah tujuh minggu bertanding.
Sehingga kelmarin, keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin berjaya memperoleh 70,550 undi meninggalkan bekas Ahli Parlimen Pandan itu yang memperoleh 66,594 undi.
Kemenangan itu menyaksikan Azmin yang juga Menteri Hal-Ehwal Ekonomi bakal berganding dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menerajui parti itu bagi penggal 2018 hingga 2021. Anwar memperoleh jawatan itu selepas menang tanpa bertanding.
Bagi jawatan Naib Presiden, difahamkan Nurul Izzah mengungguli carta dengan 67,050 undi diikuti Zuraida Kamarudin (52,226), Xavier Jayakumar (47,566) dan Tian Chua (42,608).
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











