Keluarga Gus Dur sokong Jokowi - Utusan Malaysia

Keluarga Gus Dur sokong Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 14 Nov. – Keluarga Pre­siden Indonesia Keempat, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur melahirkan sokongan padu terhadap Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Presiden (Pilpres) 2019.

KOMPAS.com melaporkan, sokongan itu dinyatakan oleh anak perempuan Gus Dur iaitu Yenny Wahid ketika berucap di Pejabat Pergerakan Politik Gus Dur di sini semalam.

Dalam ucapannya, Yenny memberitahu bahawa Indonesia memerlukan seorang pemi­mpin yang dapat memahami keperluan rakyat tanpa membezakan soal pendapat, agama dan bangsa.

“Seorang pemimpin berfikiran sederhana akan terus berusaha memenuhi hak dan keperluan rakyat bagi menjamin pembangunan mampan.

“Indonesia memerlukan pe­mimpin seperti Gus Dur serta Gandhi yang sentiasa berfikiran sederhana tetapi amat memen­tingkan kebajikan rakyatnya,” katanya.

Sehubungan itu, Yenny menyifatkan Jokowi mempunyai ciri-ciri tersebut kerana sejak mentadbir Indonesia, beliau tidak meminggirkan golongan di luar bandar.

Katanya, Jokowi berupaya mem­beri kemudahan pendidikan, kesihatan dan aktiviti sosial yang sama rata terhadap semua lapisan penduduk Indonesia.

“Biarpun Jokowi berfikiran sederhana, namun beliau kaya ketika berkhidmat kepada rakyat.

“Oleh hal yang demikian, saya mewakili keluarga Gus Dur menyokong penuh Jokowi untuk terus menjadi pemimpin Indonesia,” ujarnya.

Selain keluarga Gus Dur, terdapat sembilan organisasi yang turut menyokong pencalonan Jokowi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN