Kelemahan program susu sekolah akan diperbaiki - Utusan Malaysia

Kelemahan program susu sekolah akan diperbaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Nov. – Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan memastikan segala kelemahan melibatkan program pembekalan susu sekolah rendah sebelum ini diperbaiki dengan segera.

Kementerian dalam satu kenyataan memberitahu, perlaksanaan program itu kelak akan lebih telus selari dengan dasar kerajaan baharu yang menitikberatkan aspek akauntabiliti dan integriti.

“Kementerian ingin menjelaskan bahawa peruntukan telah pun disediakan dalam Belanjawan 2019 untuk meneruskan program pembekalan susu.

“Namun begitu, beberapa penambahbaikan akan dibuat bagi memastikan program ini mencapai objektif yang disasarkan dengan menangani semua kelemahan pelaksanaan termasuk proses perolehan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kementerian akur tentang wujudnya ketirisan dan kelemahan dalam pelaksanaan program susu tersebut sewaktu pentadbiran terdahulu.

Menurutnya, usaha penyiasatan akan diambil untuk melihat punca kelemahan tersebut serta pihak terlibat.

“Siasatan akan dilakukan untuk memastikan perkara sama tidak akan berulang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN