Kelantan dan Terengganu digesa ikut Pahang hentikan pembalakan - Utusan Malaysia

Kelantan dan Terengganu digesa ikut Pahang hentikan pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 4 Nov. – Kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu digesa supaya mengikut jejak langkah Pahang yang menghentikan semua kerja pembalakan sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, negeri-negeri tersebut perlu mengikut jejak langkah itu bagi mengelakkan tragedi buruk berlaku.

“Kita juga mengambil contoh Pahang yang membekukan aktiviti pembalakan dan rekreasi di hutan serta gunung bagi mengelakkan sesuatu yang bahaya berlaku.

“Selain itu, Pahang juga mempunyai model yang baik dalam menguruskan pusat pemindahan di mana sebelum pusat tersebut dibuka tangki-tangki kumbahan dikosongkan kerana bila mangsa banjir penuh kumbahan akan melimpah.

“Kita akan mohon kerjasama daripada Indah Warter Konsutium (IWK) untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan menghadapi banjir di negeri-negeri Pantai Timur di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut diadakan sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini bagi meninjau persiapan untuk menghadapi banjir.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah berkata, banjir dijangka tidak seburuk Bah Kuning pada penghujung 2014 biarpun sebanyak 36 peratus jumlah purata hujan tahunan masih tidak turun.

“Kalau dalam maaa dua tiga hari ini hujan lebat sehingga semua baki 36 peratus ini turun akan berlaku banjir besar tetapi tidak seburuk 2014.

“Namun saya berharap rakyat bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir besar ini dan mematuhi setiap arahan yang diberikan,” katanya.

Malah beliau berpuas hati dengan persediaan semua agensi kerajaan untuk menghadapi banjir berdasarkan laporan serta lawatan yang dilakukan di Depoh Jabahan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN) di Tambatan Diraja di sini hari ini.

Katanya, bantuan wang ihsan sebanyak RM500 untuk setiap ketua isi rumah mangsa banjir akan diteruskan seperti biasa pada tahun ini.

“Sehingga 19 Oktober lalu sebangak RM4,498,000 Bantuan Wang Ihsan telah dibayar di Kelantan diikuti RM1,840,000 untuk Terengganu dan Pahang menerima RM1,779,000,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN