PULAU PINANG 29 Nov. – Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Mutiara) mengambil inisiatif menganjurkan kejohanan futsal bagi meraikan ahli-ahlinya di sini, malam semalam. Berlangsung dalam semangat kesukanan yang tinggi, seramai empat pasukan masing-masing terdiri daripada enam ahli mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Kesemua mereka merupakan pengamal media di negeri ini terdiri daripada wartawan, jurugambar dan jurukamera pelbagai agensi berita. Menurut Presiden Mutiara, Ahmad Zhafaran Mohamed Nasib, kejohanan itu merupakan antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya