Kekalkan keharmonian, perpaduan - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Kekalkan keharmonian, perpaduan – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 7 Nov. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru rakyat segenap peringkat membulatkan tekad mempertahankan keutuhan perpaduan dan keharmonian kaum serta agama yang dikecapi sejak sekian lamanya. 


Baginda bertitah selepas berkenan berangkat menghadiri rumah terbuka sambutan menyambut ‘Hari Deepavali’ yang dihoskan oleh Pakar O & G KPJ Perlis Specialist Hospital, Dr Hari Ram a/l Ramayya di kediaman beliau di sini semalam.


Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berangkat, anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.


Baginda turut mengingatkan bahawa pepatah ada mengatakan “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”.

“Tiada apa yang mustahil jika kita membulatkan tekad, keazaman, bekerjasama dan berusaha dengan sepenuh jiwa,” titah baginda. 


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN