SINGAPURA – Malaysia berharap untuk meneruskan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan saling menghormati dengan Singapura, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri yang tiba di sini semalam untuk melakukan lawatan rasmi dua hari menyifatkan Malaysia dan Singapura sebagai saudara kembar kecuali kembar yang tua agak besar sedikit daripada adiknya dan sedikit berusia.
“Namun kita berjaya hidup bersama-sama dalam suasana begitu harmoni,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari untuk meraikan beliau dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di Istana di sini.
Majlis itu dihoskan rakan sejawatan beliau, Lee Hsien Loong serta isteri, Ho Ching.
“Bukan sesuatu yang lazim untuk kita melihat negara yang pada mulanya bersatu kemudian berpisah dan masih berupaya untuk bekerjasama serta bantu-membantu antara satu sama lain,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










